Pages

Friday, May 20, 2011

Keindahan Yang Hilang

Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.

Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.

Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?


Bulan kini bukan menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.


Sajak Keindahan Yang Hilang – Shamsuddin Jaafar

Zainal Abidin-Hijau

Sunday, April 3, 2011




Menurut Wikipedia, pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Air merupakan keperluan asas yang amat penting. Punca-punca air bersih boleh diperolehi dari sungai, tasik, air mata air, dan sebagainya.Tetapi, malang sekali apabila punca air bersih pada masa sekarang amat sukar diperolehi kerana berlakunya pencemaran air yang dilkukan oleh segelintar orang yang tidak bermoral .Apabila pencemaran air berlaku, maka sukarlah untuk kita menggunakan air secara berterusan, sebaliknya air kini perlu dirawat dahulu sebelum selamat digunakan. Meskipun sumber air masih tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.





Kualiti air sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada pencemaran alam sekitar. Seperti yang diketahui umum, sumber air mentah di negara kita kebanyakannya diperolehi terus dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Berdasarkan statistik, sebanyak 29 buah sungai di negara ini didapati mengalami pencemaran teruk manakala 11 buah lagi tercemar sederhana manakala 80 buah lagi masih dalam keadaan terkawal [sumber maklumat dari National Consumer Complaints Center (NCCC)] Air yang tecemar ini sangat berbahaya bukan hanya kepada manusia tetapi juga terhadap ekosistem.