Pages

Tuesday, February 9, 2010

Singkap

Islam boleh diktakrifkan sebagai "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim yang bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]" Islam merupakan antara agama kedua tebesar di dunia..
Umat islam percaya bahawa Allah s.w.t mewahyukan Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w, penutup segala nabi Allah, dan menganggap Al-Qur'an dan sunnah (sabda dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.) sebagai sumber utama Islam. Umat Islam tidak menganggap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pengasas agama baru, tetapi sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan lain-lain nabi Allah s.w.t
Tradisi Islam menegaskan bahawa Yahudi dan Kristian memutarbelitkan wahyu-wahyu Yang Allah s.w.t berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya sekali.

Islam memerintahkan banyak amalan keagamaan. Penganut Islam umumnya dikehendaki memegang rukun Islam yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain itu, hukum Islam(syariah) telah membangunkan hukum yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan, perbankan, jihad, zakat, dan sebagainya.

Hampir kesemua Muslim tergolong kepada salah satu dari dua mazhab terbesar, sunah dan syiah. Perpecahan berlaku pada lewat abad ke-7 berikutan ketidaksetujuan atas kepimpinan politik dan keagamaan masyarakat Islam. Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui d China,bahkan di Eropah Timur dan Rusia....

1 comments:

Anonymous said...

isa i love u.....i like ur blog!!!!PM me plez,0199578483...i really want to be ur frez...

Post a Comment